About Me

My photo
“Ya Allah, Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmat-Mu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini. Ya Allah, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..”

Wednesday, December 1, 2010

rumah!


Rumah..rumah…
Sangat teringin untuk memiliki rumah sendiri….alaaaa..setiap wanita..woman, perempuan, isteri… & semua yg sewaktu dengannya…
Sure ada impian yg sama…. Ingin rumah sendiri…dihias dengan citarasa sendiri… design sendiri..bajet sendiri…
Yang paling penting”power”…ade power di rumah sendiri… power ni ape ek.. kuasa laa.. berkuasa di rumah sendiri…
Mesti korang pelik kan?? Nape aku cakap pasal ni… sbb aku xder rumah sendiri lagi…belum lagi berdikari sendiri….masih impian..
sudah ada usaha, Cuma masih belum tercapai…

Aku harap one day impian ku akan tercapai…
Aku ingin berada dirumahku..dikawasan ku..zon aku.. hehe sbb aku suka duduk rumah… dulu masa dok umah sewa (bujang) dulu pun aku suka dok umah…
Ubah katil..ubah kerusi..kononnya dah berwajah baru… aku suka menghias mengemas…tapi sebelum ada rumah sendiri ni susah nak buat aktiviti camtu…
Aku tak kisah.. rumah kecil ke…rumah mcm mana pun.. asalkan selesa untukku sekeluarga..bahagia..sentosa… gembira….bebas… nak ke depan, belakang, bilik , dapur…
suka hati kita kan..dapur sendiri…nak buat ape pun senang..klu dapur orang.. pegang itu tak kene..simpan itu tak sesuai..masak ini x sedap..ish! I want my own dapur!!
kalau tak pandai masak pun..lama2 pandai lah kan…. Ni klu asyik makan makanan org masak jer.. hilang confident beb! Tercabar rasa…. Malu pun ada..ish pendek kata serba tak kena…
Pakaian pulak…. Hmm ikut suka lah fesyen ape pun..liyana jasmay, sha alyahya..kan bebas dirumah sendiri… tak lah asyik pakai trek suit & T-shirt jer… boring tau!

Dulu masa bujang my best aktiviti adalah pasang radio kuat2 pastu menyapu mengemas, mengelap……aku suka..seronok tau… selepas beberapa jam boleh
Tgk hasilnya..hasil selepas diubahsuai… heheh..rasa puas… nanti laa.klu dah ada rumah sendiri… boleh ku hias mengikut citarasa ku… cewah… jgn angan-angan tahi ayam dah la kan…
asyik berangan jer…. itu ini..pastu ape pun takdaa…. Heheh..aku ni memang suka berangan..berangan kan percuma so suka hati aku lah kan….
Nak berangan sebakul ke…sebaldi ke… sebesen ke… heheh

Selalu fikir..ade rumah nanti nanti nak bercirikan ape ek? Moden ke, ala bali ke, English style? Glamor?? Ish mana satu ni?? Mcm lah rumah banglo segedabak! Hehe takpe..rumah kecik pun takpe..boleh juga nak survey2 tema tu kan…bilik aku warna apa… bilik anak pulak design camne…. Heheh Sekarang ni asyiklah tgk Majalah..ANJUNG SERI, IMPIANA, DESIGN.. tak cukup beli sendiri… Majalah member jadi bahan rujukan…. Catalog IKEA pun jadilaaa…Boleh cari idea… heheh punyalah kemaruk.. kemaruk nak ada rumah sendiri… rumah yang ada nama aku… rumah ku punya… rumah ku bayar hasil kerjaku…tidak menumpang, tidak menyewa… tidak berkongsi dengan sesiapa.. rumah untuk ku..suami ku..anak-anakku…. :)

Hah lagi satu..bajet jgn di lupa…. Zaman Sekarang semuanya duit…money..fulus…pitis…
Klu duit byk nak buat ape pun boleh… klu mcm aku yg kurang ni…kene lah berfikir panjang nak buat sesuatu tu….fikir lah dua tiga hari.dua tiga minggu.dua tiga bulan… hehe lamanyaaaaa…..
klu kurang buat cara kurang ek… begitulah cerita pasal rumah..pasal orang yang tiada rumah sendiri lagi ni…masih menunggu masa.. cepat atau lambat,,Biar ALLAH tetapkan..pasti ada HIKMAH!
Usaha tu penting lepas tu baru Tawwakal …Insyaallah.. pasti ada rezeki untukku… doa-doakan yer…terima kasih!

No comments:

Post a Comment