Salam...
tengok pada tajuk macam serius je kan.. "dalam setiap sujudku" dah macam tajuk Drama.. actually memang ilham untuk tajuk ni aku dapat dari sebuah drama pun.. al maklumlah. lama sangat MATERNITY LEAVE ni..habis segala mak datok drama aku tonton kat rumah ni..Melayu, Filiphina, Indonesia.. boleh belaka! 3 bulan bercuti memang agak lama..cukup untuk menanam sifat malas nak bekerja semula, berdebar nak mengadap boss, Berat hati nak tinggalkan my new baby kat taska nanti... AAAHHH! bercampur baur RASA dlm hati ku..tapi apakan daya..sebagai manusia biasa-biasa macam aku ni, itulah rutin yang wajib untuk aku hadapai.. orang biasa yang bukan "princes"..bukan "anak jutawan.." bukan "anak raja "... orang biasa yang perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan ini..hehehe
My baby Hafiy akan meneruskan life dia sama macam abangnya dulu.. di Taska! dengan 1001 satu dugaan. dengan ancaman jangkitan penyakit (nauzubillah), kawan yang ramai, guru-guru yang terhad.... semuanya merisaukan aku.TAPI aku tahu, di mana pun anak dihantar semuanya atas PENGAWASAN ALLAH jua..malahan kalau aku jaga sendiri pun, semuanya atas perlidungan dari-nya.jadi aku tak mahu terlalu memikirkannya dan Mahu berfikiran POSITIF! ya aku mesti kuat untuk meneruskan hidup ini..
Hafiy aku hantar dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.... dengan doa yang saban hari kupanjat kan pada ALLAH WT.. Moga Allah sentiasa memelihara & melindungi anak-anak ku dari segala bahaya.. apa yang aku ada sekarang ialah berserah & Tawakal kepadanya..
"Ya Allah aku memohon kepada-MU.. kau peliharalah anak-anakku.Jauhkanlah mereka dari segala bahaya, Sihatkan tubuh badan mereka, Jadikan mereka anak yang berjaya di dunia Akhirat.Ya rabbi, Lindungi lah mereka walau dimana mereka berada...kau lah sebaik-baik tempat perlindungan dan tempat kami bergantung harap.sesungguhnya hanya kau yang mengetahui apa yang terbaik buat kami semua..." ameen
Buat Hadif & Hafiy ini doa Ummi buat kalian berdua dalam setiap sujud ummi selagi masih bernafas di dunia ini! ummi sayang korang berdua!
About Me
- whnamiza
- “Ya Allah, Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmat-Mu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini. Ya Allah, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..”
No comments:
Post a Comment