About Me

My photo
“Ya Allah, Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmat-Mu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini. Ya Allah, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..”

Saturday, November 27, 2010

fish...

Hadif sangat suka fish... maybe sbb ikan tomei & berenang dalam air tu..menarik perhatian dia sangat kot... mana -mana tempat yg die pegi &  ada akuarium, mesti die berdiri jer kat situ... tadi masa kat klinik pun die asyik sangat tgk ikan.. kat klinik tu akuarium yg sgt besar..ada ikan besar & banyak ikan... hehhe tapi susah pulak nak jaga "ramai-ramai" camtu kan.....aku & hubby ku bercadang nak belikan seekor ikan utk hadif...sebab die beria-ria sangat suka kat fish.... :)


lepas balik klinik, terus pg kedai pet... ape lagi,  nak beli fish la.... beli fish kecil jer... langkah pertama kan..buat permulaan...heheh sbb sepanjang hidupku, ini lah kali pertama beli fish & nak bela.. klu bukan kerana hadif maybe sampai skrg ummi tak terfikir nak beli ikan tu kan...

balik rumah tu..die bukan main excited tgk papa die bersihkan balang & isikan ikan tu... kecoh betul mulut die... aku pun tanya kat die... "hadif..hadif..ape nama fish tu"? dengan pantas die jawab "bobop"... hahaha kami semua tergelak sbb bobob tu "nama manja utk SPONGEBOB"..  so dengan rasminya nama fish tu bobop la.. bobop! welcome to our house... hadif adalah tuan baru awak.. hehehe

hari pertama ni memang hadif susah nak berenggang dengan fish die tu.... duduk lah menempel sebelah balang kecil tu... letak pulak kat atas almari sebelah tempat tdo die.. heheheh.. sebelum tdo tadi, berkali-kali die kiss balang tu.. wah! ni dah lebih ni.. ummi pun x dapat ciuman berkali-kali hari ni.. fish pulak yg lebih ni... hadif hadif...


part paling kelakar bila hadif mengigau.... sambil tdo die cakap fish..fish..fish..
bila dah ada fish kat rumah ni, rasa best ... tgk ikan berenang tu... rasa damai... tahu tak.. aku macam dah jagtuh cinta sama itu ikan.... terfikir juga... one day aku akan beli akuarium yg besar sket & letak kat dalam rumah ni... menarik kan.. selama ni aku tengok akuarium pun pandang tak pandang jer... maybe sbb masa kecik2 dulu pun, aku xpernah ada pet... 
hmmm hadif hadif... walau pun awak kecik..tapi memberi kesan yg besar pada ummi tau.. wat a MIRACLE...

No comments:

Post a Comment