About Me

My photo
“Ya Allah, Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmat-Mu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini. Ya Allah, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..”

Wednesday, November 24, 2010

Me, myself & I


Assalamualaikum…. Terima kasih sebab sudi menjengah ke blog ku ini….   Sengaja kuletakkan tajuk blog ini :“Thank You Allah”…. Tanda syukur ku ku kepada Allah.. Pencipta Ku yang Satu itu… Yang Mulia..yang Maha Esa… setiap hari ..setiap perkara..setiap detik & saat kita perlu bersyukur kepadanya.. atas segala nikmatnya… macam hidupku juga…. Memanglah tidak seindah puteri raja…permaisuri istana…namun aku bersyukur… segala yang ada.. ini rezeki… hmm panjang pulak cerita ku kan

nama ku Amiza.. isteri kepada suamiku, Wan Hani Nazry Wan Jusoh…. Anakku pulak baru seorang..prince charming ku Wan Hadif Amzar…  dah berumur 1 tahun 7 bulan… ntah bila nak tambah anak ni.. tunggu lah dulu..hajat dihati memang meronta-ronta nak menimang baby girl pulak.. tapi biarlah dulu… tak perlu rushing rasanya… lagi pun aku tidaklah merancang nak beranak ramai… 3 atau 4 orang pun aku dah bersyukur..mujur hubby pun sependapat…. Kan senang gitu… hehehe

Aku berasal dari  Kuala Kangsar, Perak..tapi sekarang menetap di Kuala terengganu selepas 4 tahun bekerja di Kuala Lumpur… ooooh! Banyaknya Kuala… kuat betul jodoh ku dengan Kuala yer… hehhehe duduk kat Ganu ni tidaklah se”best” di KL..tetapi aku yakin.inilah tempat terbaik untuk aku… Allah dah tetapkan kan….memang aku aku tiada saudara mara yg ramai kat sini..tp aku ada kawan-kawan yg sangat baik … kawan yang boleh aku percaya..boleh menjadi teman bicara..boleh menjadi tempat berkongsi “rasa”…. Mereka Kurniaan Allah untuk ku…pengganti family yang jauh….  Kak Aslida, Afida, Nora, kak matun , Mariana & Eshah… Moga persahabatan kita berkekalan… Moga Allah restuinya… cewaaaah.. jiwang ke ek?....heheh

Hmm inilah serba sedikit tentang diriku… untuk edisi pertama ni cukuplah kan..klu cerita banyak sangat, nanti takde benda nak cerita pulak kan… heheh bye..

puteraku..... ummi love u so much!

saya & hubby tercentaaaaaaa.....


sahabatku..... cayang korang!

No comments:

Post a Comment