About Me

My photo
“Ya Allah, Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmat-Mu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini. Ya Allah, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..”

Wednesday, September 18, 2013

PENAWAR KEPENATAN yang RASULULLAH AJAR…

Untuk membantu mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian  sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri  kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. 


Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." 

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.  Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. 


Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik  daripada apa yang kamu minta daripadaku?
Apabila berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.    Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.


Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."


Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , In sya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan  hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
In syaa Allah..!!

No comments:

Post a Comment