About Me

My photo
“Ya Allah, Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmat-Mu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini. Ya Allah, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..”

Monday, February 7, 2011

Rumahku Syurgaku..

Banyaknya halangan untuk memiliki sebuah rumah yaaa….. penuh dengan dugaan + rintangan.. kenapa susah sangat ek?? Orang lain boleh memiliki 3, 4, 5 biji rumah… tapi aku.. nak ada sebuah rumah sendiri pun susah… salah kah aku mengimpikan sebuah rumah??? Tamak kah aku?? Tidak bersyukur kah aku???

Kalau cakap pasal syukur memang luas maksudnya…. Susah untuk dihuraikan…. Masalahnya sekaramg, aku bukan nya tak mahu bersyukur…aku hanya mahu mencapai impian..aku hanya berusaha merealitikan mimpi…. Rumah yang aku duduk sekarang..bukanlah terlalu teruk…. Aku juga gembira di sini..aku juga ketawa… tapi, aku mahu berdikari….. mahu cuba hidup sendiri…. Dulu pun masa aku bujang semuanya ku lakukan sendiri..insyaallah dengan adanya bantuan Allah… semua akan jadi mudah… dengan kesihatan yang Allah kurniakan, insyaallah aku boleh lakukan… tapi kenapa peluang itu x muncul lagi ??

Aku sudah berusaha…. Pelbagai cara…pelbagai Jalan…. Aku fikirkan kebaikan semua… niat untuk membeli rumah yang aku duduki sekarang ni pun atas pertimbangan banyak perkara… namun aku setuju… setuju walaupun dengan hati yang berat.. sungguh berat…. Niat ku untuk hidup sendiri tidak tercapai jugak jika rumah ini yamg ku beli..bermakna bukan hanya aku +suami + hadif di dalam rumah itu… tapi aku pasrah….aku redha….. Cuma dalam hati aku ni masih ragu-ragu..betulkah keputusan ku ini?? Bahagiakah aku nanti??? Damai kah hatiku nanti… tenangkah jiwa aku nanti???

Ya Allah berhak aku mendapat nikmat untuk hidup di sebuah kediaman  yang dipanggil 
“RUMAHKU SYURGAKU….” Suatu hari nanti???
Wallahua’alam……





No comments:

Post a Comment