Alhamdulillah….
Pagi tadi jam 10 pagi –radio IKIM.fm bersama Dr Prof Muhaya dalam slot Islam itu Indah sempat aku mendengar sedikit kata –kata beliau.. sungguh banyak yang aku harus pelajari dalam dunia Allah ini… terlampau cetek ilmu ku ini.. terlampau sukar nak mengamalkan cara hidup islam sebenar… kata Dr Muhaya mesti ingat perkara ini.. “ dapat kan Redha Allah – pasti dapat penghargaan Manusia “ sesiapa yang mengejar penghargaan Manusia semata-mata pasti TIDAK akan mendapatkannya….. yang penting adalah Redha Allah… kejar Redha Allah..kejar Redha Allah…Kejar Redha Allah… hmm aku ini sangat jauh rasanya…. Aku ingin sekali dekat padamu Ya Allah.. bagaimana ya?? Yes aku akui..selama ini aku suka sangat bila dihargai..selalu sangat ingin orang nampak aku… maybe sebab itulah aku jarang dihargai… jarang diperlukan orang lain… selalu aku bayangkan.. “siapa lah aku?? Klu aku tidak ada dalam Dunia ini suatu hari nanti pn, rasanya dunia Tidak kisah pun…. Rasanya org sekeliling pun x terlalu merasakannya…
Dr Muhaya itu amat hebat orangnya ye… seorang doktor pakar. Tetapi bijak jugak dlm hal agama.. memberi inspirasi bukan sahaja pada sahabat dan sanak saudara…bahkan pada sesiapa yg mendengar kata-katanya…banyaknya pahala Dr….
Yes aku akui jujurnya dalam dunia ini aku adalah antara manusia yang jarang dihargai…. Sejak kecil mmg tiada pernah ucapan Selamat Hari jadi pun yg pernah ayahku ucapkan… tapi Who’s care kan????
Amiza, boleh x kau mulakan hidup baru & lupakan saja sejarah kau… Bangkit…! Walaupun kau xpernah dididik cara hidup islam.. walaupun ko x tahu ape erti syukur, makna redha, ucapan alhamdulillah, erti nikmat…….
Tapi Mulakan dari hari ini… Mulakan menuntut Ilmu….mulakan mengamalkan ape yang kita belajar.. Mula Amiza ..mula…. selagi nyawa belum di tarik Allah…selagi itulah kita belum terlambat.. Masih sempat untuk bertaubat..masih sempat untuk perlahan-lahan mencari redha Allah… Masih sempat untuk mengubah cara hidup…. Untuk melakukan kebaikan mmg susah..mmg berat..mmg payah.. ya Allah kuatkan aku.. limpahi lah Rahmat Mu buatku… Tabahkan hati ku ya Allah… Bantu aku Ya Rabbi… aku perlu pertolongan MU.. aku rindu kasih sayang mu… Tiada lah tmpt lain selain dari Mu Ya Allah untuk aku memanjat Doa.. Tolong Ya Allah….izikan aku merasa secebis kasihmu… Izinkan aku menjadi Ahli syurga MU… izikan aku berbahagia di sana nanti… amin.
No comments:
Post a Comment