About Me

My photo
“Ya Allah, Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmat-Mu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini. Ya Allah, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..”

Wednesday, September 18, 2013

PENAWAR KEPENATAN yang RASULULLAH AJAR…

Untuk membantu mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian  sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri  kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. 


Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." 

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.  Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. 


Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik  daripada apa yang kamu minta daripadaku?
Apabila berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.    Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.


Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."


Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , In sya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan  hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
In syaa Allah..!!

ACIK LANA


Acik lana oh acik lana!!

Sukanya baca novel-novel awak…pandainya awak bekarya.. luasnya imaginasi awak wahai cik adik… sungguh lah rasa nak ke alam khayalan dibuatnya.. bila baca novel Puan acik ni ada bermacam rasa…boleh tergelak seorang, sedih dan gundah gulana, suspen, guumbiraaa dan yang paling best boleh berjiwang-jiwang….. hehe

Apa pun memang PUJIAN ini penuh  ikhlas ku dedikasi kan buat penulis favorite saya yang seorang ini. Dek kerana hebatnya karya acik yang sebelumnya, saya sampai ke tahap tak perlu baca sinopsis bila ternampak novel acik. Memang akan Beli atas nama PENULISNYA!  Jalan cerita tak payah fikir best ke tid ak sebab acik pastidah buat yang terbaik untuk peminat-peminat nya yang sangat wonder girls ni. hehe semuanya gara-gara ke”sedapan” novel acik yang lepas –lepas. Novel yang tak pernah mengecewakan hatiku sebagai pembeli ni, memuaskan hati sehingga menjilat jari… hehe Dan yang lebih penting tidak mengecewakan poket ku ini…so dengan hati gumbiranya nak melabur untuk karya-karya awak! Ini bukan fanatik ya… ini dinamakan konsep kepercayaan yang tinggi terhadap seorang penulis muda yang sangat berbakat & cun macam acik.. hehehe

So malas lah nak cakap banyak..keterujaan ini terjadi selepas ketibaan Novel terbaru acik yang aku order secara online hari tu ke meja aku.. Thanks abg posmen.
Sedar-sedar  je dah ada atas meja kat opis ni haaa.hmmm tapi bila nak start baca tu tak tahu lagi lah ya..busy ni tau…

 “PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA”. Yes! Tengok tajuk pun dah macam best kan..?  memang best lah tu..!

So apa tunggu lagi, meh kita amik gambo PYPAC sedang berposing…tadaaaa!!



inilah PYPAC...yuhuu tak sabar rasanya nak baca!



Wednesday, September 11, 2013

Dalam setiap sujudku

Salam...
tengok pada tajuk macam serius je kan.. "dalam setiap sujudku" dah macam tajuk Drama.. actually memang ilham untuk tajuk ni aku dapat dari sebuah drama pun.. al maklumlah. lama sangat MATERNITY LEAVE ni..habis segala mak datok drama aku tonton kat rumah ni..Melayu, Filiphina, Indonesia.. boleh belaka! 3 bulan bercuti memang agak lama..cukup untuk menanam sifat malas nak bekerja semula, berdebar nak mengadap boss, Berat hati nak tinggalkan my new baby kat taska nanti... AAAHHH! bercampur baur RASA dlm hati ku..tapi apakan daya..sebagai manusia biasa-biasa macam aku ni, itulah rutin yang wajib untuk aku hadapai.. orang biasa yang bukan "princes"..bukan "anak jutawan.." bukan "anak raja "... orang biasa yang perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan ini..hehehe 

My baby Hafiy akan meneruskan life dia sama macam abangnya dulu.. di Taska! dengan 1001 satu dugaan. dengan ancaman jangkitan penyakit (nauzubillah), kawan yang ramai, guru-guru yang terhad.... semuanya merisaukan aku.TAPI aku tahu, di mana pun anak dihantar semuanya atas PENGAWASAN ALLAH jua..malahan kalau aku jaga sendiri pun, semuanya atas perlidungan dari-nya.jadi aku tak mahu terlalu memikirkannya dan Mahu berfikiran POSITIF! ya aku mesti kuat untuk meneruskan hidup ini..

Hafiy aku hantar dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.... dengan doa yang saban hari kupanjat kan pada ALLAH WT.. Moga Allah sentiasa memelihara & melindungi anak-anak ku dari segala bahaya.. apa yang aku ada sekarang ialah berserah & Tawakal kepadanya..

"Ya Allah aku memohon kepada-MU.. kau peliharalah anak-anakku.Jauhkanlah mereka dari segala bahaya, Sihatkan tubuh badan mereka, Jadikan mereka anak yang berjaya di dunia Akhirat.Ya rabbi, Lindungi lah mereka walau dimana mereka berada...kau lah sebaik-baik tempat perlindungan dan tempat kami bergantung harap.sesungguhnya hanya kau yang mengetahui apa yang terbaik buat kami semua..." ameen

Buat Hadif & Hafiy ini doa Ummi buat kalian berdua dalam setiap sujud ummi selagi masih bernafas di dunia ini! ummi sayang korang berdua!


Guide me all the way

by Maher Zain 

I know that You could easily

Take away every thing You’ve given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
‘Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for you to be pleased with Me

Chorus:

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

I know that sometime I do

I do forget that my last breath could be the last
Forgive me ’cause I cant thank you enough
Forgive me when I doubt your love
Now I pray for that day
when all this stops and comes to an end
Somy my last wish is for You to be pleased with me

Day by day passes

And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my hear
‘Cause soon I’ll have to leave it

Tuesday, September 10, 2013

2013

Assalamualaikum wbt..

Yeeeaaahh....apa mimpi berblog semula ni..ntahla... cuma yang pasti malam ni gatal tangan pulak nak menziarahi blog yg dah berzaman aku tinggalkan ni... nak kata busy sangat tu tak juga..cuma more kepada alahan kot. sbb sejak mengandung kan anak kedua hari tu, malas sungguh nak berblog.. 


NOW bila baby dah lahir baru rasa nak menulis semula.. baru terjaga dari lena yang panjang! cewah... hahaha.. so disebabkan hari dah lewat malam ditambah plak dengan "terlalu lama" x menaip ni so tak tahu apa yang nak ditulis sebenarnya... nak ucap selamat hari raya pun dah terlambat.. selamat Hari merdeka pun dah terlepas...hehe so kita share PIC jerlah... hmm pastilah gambo Putera kedua ku yg selamat dilahirkan pada 16 June 2013 hari tu.. Putera yg membawa alahan kepadaku supaya malas nak berblog hari tuuu.. dah nak masuk 3 bulan pun umurnya... aku pun dah nak masuk keje next week.. hehehe His name is WAN HAFIY AMMAR.. mestilah nama lebih kurang abang dia juga kan,, nama pun adik beradik... Abg WAN HADIF AMZAR mmg excited dapat adik. rajin main dengan adik..rajin jaga adik.. pendek kata boleh lah nak diharap utk tengok2 kan adik sekejap2 tu kan..hehe alhamdulillah..aku sebagai "ummi" berharap agar hubungan mereka rapat dan baik buat selama-lamanya.. i love both of you son.. mmmuah!!




HARAP selepas ini aku akan kembali bersemangat nak menulis di sini..hehe semoga datanglah idea2 yang boleh dikongsi bersama...hehe..salam sayang.. :)