About Me

My photo
“Ya Allah, Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmat-Mu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini. Ya Allah, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..”

Friday, September 16, 2011

15 Sept 2011




Assalamualaikum…..
Lama nya tak singgah ke blog ku ini…. Busy nya sampai tak sempat nak tulis ape ape pun.. dari cerita kerja, berpuasa, tentang my luvly prince hadif, Hari Raya, kampung tercinta.. semuanya x sempat nak ku tulis… NIAT mmg ada..tp tinggal niat jer laaa….. J alhamdulillah atas segala nikmat..rezeki, kegembiraan & kasih sayang dari Mu Ya Allah… aku bersyukur. Aku tahu segala apa yang ditetapkan oleh mu adalah yg terbaik buat ku..buat semua hamba hamabamu…. Wajib bagi aku, sebagai hamba untuk bersangka baik buat mu….
Aku pohon dari Mu Kekuatan, ketaatan, ketenangan & kesabaran atas segala yg engkau telah tetapkan…

Hari ini 15 sept.. merupakan hari terakhir aku bersama sahabat2 yang aku sayangi… ade lagi yang masih tinggal di sini…tapi ramai juga yg akan pergi.. jujurnya selama 3 tahun lebih aku berada di bumi Terengganu ini, aku  tidaklah mempunyai ramai kawan…. So bila tiba masa perpindahan mereka..aku rasa teramat sayu… rasa sedih utk berpisah dgn diorang…teman yg boleh bercerita tentang susah senang kita… rasa semakin kurang sahabat di sini.   Di Rantau orang, sahabat umpama keluarga… tmpat berkongsi cerita..suka duka kehidupan… senyum tawa bersama..kini tinggal kenangan..

walau banyak mana air mata yang keluar…walau ape pun yg aku katakana…tiada apa pun yg mampu ku ubah….. itulah rancangan Allah..itulah ketentuannya….  Buat fida, mariana, kak matun, Ja & kak za Thanks for everything…selamat maju jaya kat tempat Baru.. harap kita boleh selalu jumpa..walau pun x sekerap dulu… aku sayang korang!

Wednesday, July 13, 2011

Kejar Redha Allah




Alhamdulillah….
Pagi tadi jam 10 pagi –radio IKIM.fm bersama Dr Prof Muhaya dalam slot Islam itu Indah sempat aku mendengar sedikit kata –kata beliau.. sungguh banyak yang aku harus pelajari dalam dunia Allah ini… terlampau cetek ilmu ku ini.. terlampau sukar nak mengamalkan cara hidup islam sebenar… kata Dr Muhaya mesti ingat perkara ini.. “  dapat kan Redha Allah – pasti dapat penghargaan Manusia “ sesiapa yang mengejar penghargaan Manusia semata-mata pasti TIDAK akan mendapatkannya….. yang penting adalah Redha Allah… kejar Redha Allah..kejar Redha Allah…Kejar Redha Allah… hmm aku ini sangat jauh rasanya…. Aku ingin sekali dekat padamu Ya Allah.. bagaimana ya?? Yes aku akui..selama ini aku suka sangat bila dihargai..selalu sangat ingin orang nampak aku… maybe sebab itulah aku jarang dihargai… jarang diperlukan orang lain… selalu aku bayangkan.. “siapa lah aku?? Klu  aku tidak ada dalam Dunia ini suatu hari nanti pn, rasanya dunia Tidak kisah pun…. Rasanya org sekeliling pun x terlalu merasakannya…

Dr Muhaya itu amat hebat orangnya ye… seorang doktor pakar. Tetapi bijak jugak dlm hal agama.. memberi inspirasi bukan sahaja pada sahabat dan sanak saudara…bahkan pada sesiapa yg mendengar kata-katanya…banyaknya pahala Dr….

Yes aku akui jujurnya dalam dunia ini aku adalah antara manusia yang jarang dihargai…. Sejak kecil mmg tiada pernah ucapan Selamat Hari jadi pun yg pernah ayahku ucapkan…  tapi Who’s care kan????
Amiza, boleh x kau mulakan hidup baru & lupakan saja sejarah kau… Bangkit…! Walaupun kau xpernah dididik cara hidup islam.. walaupun ko x tahu ape erti syukur, makna redha, ucapan alhamdulillah, erti nikmat…….
Tapi Mulakan dari hari ini… Mulakan menuntut Ilmu….mulakan mengamalkan ape yang kita belajar.. Mula Amiza ..mula…. selagi nyawa belum di tarik Allah…selagi itulah kita belum terlambat.. Masih sempat untuk bertaubat..masih sempat untuk perlahan-lahan mencari redha Allah… Masih sempat untuk mengubah cara hidup…. Untuk melakukan kebaikan mmg susah..mmg berat..mmg payah.. ya Allah kuatkan aku.. limpahi lah Rahmat Mu buatku… Tabahkan hati ku ya Allah… Bantu aku Ya Rabbi… aku perlu pertolongan MU.. aku rindu kasih sayang mu… Tiada lah tmpt lain selain dari Mu Ya Allah untuk aku memanjat Doa.. Tolong Ya Allah….izikan aku merasa secebis kasihmu… Izinkan aku menjadi Ahli syurga MU… izikan aku berbahagia di sana nanti… amin.

Sunday, June 26, 2011

kayuh basikal!

26hb june 2011


salam..... suke nak share kat sini.... hari ni hadif dah pandai kayuh basikal roda 3 die tu sendiri... slow slow jer... baru nak belajar kan.. hmm suke sgt tgk.... dah besar anak ummi yer... itulah masa...  xsedar kan... hadif! terus berlatih yer... tapi klu dah expert nanti jgn bawa laju2 pulak... takut masuk longkang pulak... heheh.... hari2 berlatih ni next week boleh kayuh laju lah ni... heheh tapi dalam pagar je yer.... lebih2  x boleh yaaa... cayang hadif! my prince....







Thursday, June 23, 2011

sharing is caring...

First time baca artikel ni..rasa sangat tertarik… 2 kali baca rasa semakin faham.. kali ketiga rasa macam nak copy past kat blog saya ni… hehehe tak salah kan.. bende baik…. Pastinya elok klu berkongsi dengan lebih ramai orang…. Ilmu tu…tak elok kedekut ilmu tau.. hehhe


Menutup Aurat itu seksi?
Apabila menyebut tentang menutup aurat, maka si penyebut biasa dikaitkan dengan gelaran ustaz, orang alim, orang agama dan sebagainya. Ia seolah menjadi satu frasa yang khusus untuk orang alim sahaja seolah-olah menyebut tentang sesuatu yang diajar didalam agama itu milik orang alim dan bukannya orang Islam.
Aurat dan seksi adalah dua perkataan yang mempunyai banyak hubungan dalam kebanyakan artikel dan penulisan seluruh dunia. Menyebut tentang aurat, pastinya perkataan seksi adalah lawan baginya. Begitu juga apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah perkara yang membuka aurat. Saya tidak boleh menafikan perkara tersebut. Itulah adalah perkara yang sekian lama bermain di benak semua orang.
Tapi pernahkah anda terfikir bahawa menutup aurat itu seksi? Bagaimana pula menutup aurat boleh menjadi seksi? Bukankah menutup aurat itu bererti menghilang status seksi?
Disinilah ingin saya sampaikan satu skop pandangan seksi terhadap mereka yang menutup aurat dan sebenarnya seksi inilah yang banyak menarik perhatian ramai lelaki tidak kira sama ada mereka mempunyai iman atau lelaki dari golongan 'buaya darat'.
Didalam kajian psikologi, lelaki sebenarnya mempunyai nafsu fantasi lebih kepada wanita yang menutup tubuh berbanding yang membuka dan mendedahkan aurat. Mengapa ia terjadi sedemikian?
Ini adalah kerana sesuatu yang sukar dilihat,tersembunyi atau diperolehi adalah sesuatu yang berharga. Kerana itu kebanyakan blog atau web yang menggunakan topik wanita muslim bertelanjang sering mendapat respon daripada lelaki bukan Islam dari seluruh dunia. Tetapi selalu yang dipaparkan ialah gambar daripada model yang berpakaian ala Islam kerana hakikatnya wanita muslim sejati tidak akan berbuat demikian.
Cuba kita singkap betapa komuniti yang sudah tegar dan agak biasa dengan situasi wanita yang membuka aurat menganggap wanita muslim mempunyai aset yang bernilai kerana menyimpan keindahan kecantikan fizikalnya hanya kepada yang berhak.
Ia sebenarnya adalah konsep nilai yang ada pada amalan itu sehingga amalan menutup aurat yang samasekali berlawanan dengan seksi itu, dianggap seksi pada kelasnya yang tersendiri.
Lelaki barat atau bukan Islam sebenarnya manusia biasa seperti lelaki Islam. Mereka punyai nafsu dan perasaan. Nafsu mungkin menyeronokkan mereka melihat gadis-gadis mereka berpakaian seksi tetapi jauh di sudut hati ada perasaan cemburu bila gadis yang sudah menjadi kekasih atau isteri dipuji orang kerana keseksiannya.
Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita itu iaitu suaminya kerana hanya dia seorang yang berhak menikmati keseksian isterinya.
Sedar atau tidak, seksi yang ditafsirkan pada mata kepala sedia ada adalah hanya satu perkara yang menarik perhatian berasaskan nafsu. Berbeza dengan seksi dalam ertikata Islam iaitu menarik perhatian seorang lelaki kepada perempuan itu dalam ertikata yang lebih meluas meliputi maruah, ketaatan, kesungguhan memelihara aurat, memelihara kecantikan untuk hanya yang berhak dan sebagainya.
Tiada bezanya tentang perempuan yang menutup aurat dan membuka aurat dari segi fizikal. Mereka tetap berambut, bertangan, mempunyai mata yang cantik, kulit yang tersendiri dan sebagainya. Kecantikan itu tetap sama, sama ada mereka menutup atau membuka aurat. Tetapi nilai itu yang membezakan mereka. Menutup aurat memang susah dan bukannya perkara mudah. Jauh di sudut hati wanita menutup aurat itu, ingin menayangkan kecantikan mereka kerana wanita seksi sering mendapat perhatian. Kerana itulah melawan nafsu dan keadaan itu adalah susah. Kerana itulah juga wanita menutup aurat itu sebenarnya melatih diri menjadi seorang yang sabar, berpendirian, tabah, bermaruah dan tekun kerana kesungguhan melaksanakan perintah Allah ini serta melawan kehendak nafsu sendiri dan nafsu orang lain.
Allah itu Maha Bijaksana. Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, tarikan itu umpama gula yang menjemput semut. Habis gula semut pun hilang.
Berkasih-kasihan adalah perkara yang datang dengan tanggungjawab. Apabila tarikan yang diberi memperlihatkan tanggungjawab seorang wanita memelihara kecantikan diri dan agama, maka umpan itu ikannya ialah seorang lelaki yang mahukan pasangan yang bertanggungjawab menjaga maruah dan kecantikan keluarga.
Menutup aurat hakikatnya adalah iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa. Soal sikap adalah perkara kedua. Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu jahat. Itu adalah hakikat yang benar.
Membuka aurat bukan menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat yang berhati busuk. Itu adalah soal hati. Tetapi seorang wanita yang baik hati dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih lengkap.
Sepertimana makanan yang terhidang di atas meja tidak bertudung saji, ada kemungkinan lalat datang menyinggah. Pada pandangan mata, mungkin makanan itu telah dicemari lalat. Berbeza dari makanan yang bertudung saji, akan memberikan lebih keyakinan kepada orang untuk menjamahnya.
Usahlah dibangkitkan persoalan adakah wanita menutup aurat itu semua baik, kerana hakikatnya mereka telah membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah.
Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.

Wednesday, June 15, 2011

Jangan Menyerah

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

 

sangat suka dengar lagu D'masiv ni... rasa dekat dengan  jiwa..... huhuu

Monday, April 11, 2011

we love you...

gambar hiasan..... hehehehe


12hb April.
esok bessday hadif... Selamat Hari Lahir Anakku.. alhamdulillah ... Hadif akan berumur 2 tahun.... pejam celik pejam celik dah menjangkau umur 2 tahun yer.....
"jaga anak" .... nampak juga perubahannnya.... nampak jugak perkembangannya..... syukur pada Allah.. terima kasih atas rezeki Mu Ya Allah... 


Buat Hadif.... Selamat Hari Lahir...Semoga Panjang Umur & diberkati oleh Allah.... Ummi harap Hadif akan jadi anak yang soleh... anak yang bijak.. anak yang berjaya Dunia & Akhirat..... Semoga Allah sentiasa melindungi mu sayang..... Ummi & papa sayang hadif... Semoga Allah merahmati keluarga kita.....  mmmmuah! we love U....





Monday, March 7, 2011

melaka!

hadif & A famosa....

Salam…
Bertemu kembali…..rasanya dah bersawang dah blog ku ini…lama nya x update…lamanya x ziarah…. Sejak terminate broadband ni , sejak tulah tak menjengah ke fb..blog….mcm2 perubahan dah ni… hehehe last week pg ke melaka… trip dengan kawan2 pejabat…. Best Jalan ramai2 ni kan.. tak lah boring sangat kan..meriah sket nak pg tempat orang bila berjalan beramai-ramai ni. hiihihi

Pagi tu bertolak jam 6.30 pagi…..ikut jalan KL..sebab nak lalu highway punya pasal….tak penat sgt klu Jalan stright jer ni kan… J
Petang tu dalam pukul 1.30 dah sempai Melaka…. Check in di Sri Costa Hotel…berhadapan dengan menara Taming sari..dekat jer..nak berjalan pun boleh ke Dataran pahlawan tu

Prtang tu kiterorg Jalan-jalan kat dataran Pahlawan…lebih kurang kul 7.30 kiterorg bergerak ke Menara Taming sari lak..nak merasa jugak naik…..diwaktu malam..tak lah gayat sangat kan.. tiket RM10 utk dewasa… mmg best..berbaloi melihat-lihat Bandar Melaka dari atas..sangat lah cantik…..

Kemudian kiterorg pergi ke Jetty Melaka river cruise…nak naik Cruise…. Masa kiterorg beli tiket tu jam 8.20…sementara menunggu next trip jam 8.45 kiterorg sempat membeli  sedikt cenderamata ….hadif beli kipas pusing,... nak naik bot … sure cantik klu kipas tu berpusing2 nanti… heheh

Pengalaman naik Melaka river cruise ni memang menarik….. best..berbaloi & rasa nak naik lagi….. view yang cantik..ala ala kat ITALY lak rasa…. Heheh..dengan alunan lagu….lampu2 di sepanjang sungai….pertunjukan air pancut berirama…sunggun mempesona…. Cewah..! hilang sekejap segala kekusutan fikiran ni…hihihihi…

Malam terakhir aku tido di kuala Lumpur..rumah maksu....biasalaaaa..bila dengar aku nak datang..semua berkumpul ramai-ramai… wah pun datang..azie ayu…kaklong..anis… best! Makan ramai2..sembang macam2 topik..lama x jupeeee……. Macam tu laa….. sembang smpai tengah malam…..:)

Sebelum balik ke Terengganu sempat jugak kiterorg singgah kat IKEA… dapat lah beli sikit sikit..kalau lah duit ku BANYAK.. alangkah indah… semua bende rasa nak beli…. Ni semuanya terhad… takpe laa… aku nekad…. Nak menabung sket…. Klu hujung tahun ni ade duit2 kumpul tu boleh la pegi IKEA lagi kan.. hehehheee……

ni ade sedikt gambar kami di melaka....tadaaaaaaaaaaaaa….!

hadif with yaya.. ( anak dara kak matun...)
penatnya jalan....rehat minum susu hadif oooii....

menara Taming Sari... smile! hihihi

kak matun & rakyatnya...... hihihi...best! meriah gitu.....

penat ke tu???

@ rumah maksu.....nanti boleh datang lagi...... hihi

Monday, February 7, 2011

Rumahku Syurgaku..

Banyaknya halangan untuk memiliki sebuah rumah yaaa….. penuh dengan dugaan + rintangan.. kenapa susah sangat ek?? Orang lain boleh memiliki 3, 4, 5 biji rumah… tapi aku.. nak ada sebuah rumah sendiri pun susah… salah kah aku mengimpikan sebuah rumah??? Tamak kah aku?? Tidak bersyukur kah aku???

Kalau cakap pasal syukur memang luas maksudnya…. Susah untuk dihuraikan…. Masalahnya sekaramg, aku bukan nya tak mahu bersyukur…aku hanya mahu mencapai impian..aku hanya berusaha merealitikan mimpi…. Rumah yang aku duduk sekarang..bukanlah terlalu teruk…. Aku juga gembira di sini..aku juga ketawa… tapi, aku mahu berdikari….. mahu cuba hidup sendiri…. Dulu pun masa aku bujang semuanya ku lakukan sendiri..insyaallah dengan adanya bantuan Allah… semua akan jadi mudah… dengan kesihatan yang Allah kurniakan, insyaallah aku boleh lakukan… tapi kenapa peluang itu x muncul lagi ??

Aku sudah berusaha…. Pelbagai cara…pelbagai Jalan…. Aku fikirkan kebaikan semua… niat untuk membeli rumah yang aku duduki sekarang ni pun atas pertimbangan banyak perkara… namun aku setuju… setuju walaupun dengan hati yang berat.. sungguh berat…. Niat ku untuk hidup sendiri tidak tercapai jugak jika rumah ini yamg ku beli..bermakna bukan hanya aku +suami + hadif di dalam rumah itu… tapi aku pasrah….aku redha….. Cuma dalam hati aku ni masih ragu-ragu..betulkah keputusan ku ini?? Bahagiakah aku nanti??? Damai kah hatiku nanti… tenangkah jiwa aku nanti???

Ya Allah berhak aku mendapat nikmat untuk hidup di sebuah kediaman  yang dipanggil 
“RUMAHKU SYURGAKU….” Suatu hari nanti???
Wallahua’alam……





Sunday, February 6, 2011

SSF tutup!


Huwaaaaaaaaaa….! Maybe itulah perkataan yang paling sesuai utk ku ungkapan dalam keadaan aku sekarang ni. Mana tidaknya, hasrat ku utk bershopping di SSF terbantut… Peluang terlepas begitu sajaa… Huwaaa…huwaaa…huwaaa….. Kenapa kau tutup wahai SSF..! dah lah kat kuala Terengganu yang indah permai ni takde tempat shopping..sekali sekala pegi Kota Bharu tu ingatkan nak lah membeli –belah sket… Nak lah cuci mat & beli barang yang takde kat teregganu ni… ish.! Napelah tak buka jer SSF kat Terengganu ni.. bukaklah SSF  ke.. IKEA KE….. KK Deco Home ke….. kan senang .. tak lah berkejar ke sana sini  semata-mata nak membeli perhiasan- perhiasan rumah…  huh! Apolah nasib menjadi rakyat Terengganu ni ek…..  serba serbi tak ada.. semuanya tak complete.. salah aku jugak.. siapa suruh aku pindah sini kan??? Hahhaha padan muka ko amy!  Padan mukaaaaaa…….

Mmg silap lah aku berjalan masa raya cina ni.. keciiiiiwa tau tak..kecewaaaaaaa….!!  tapi nak wat camne kan..pegi KB ni pun niat nya nak pg wedding  sahabat handai kat sana….. bende2 lain tu sampingan jer…. sampingan yang boleh manaikkan semangat… hihih tapi bila dah jadi camni mmg rasa down..kiranya tak berapa berbaloi lah pg kb kali ni…. Dengan Jalan  jammed nya dgn jadual tergendala nyaa… hmmm cukup utk menbuatkan aku geram! Cumanya moral of the story jangan BERNIAT nak pegi SSF masa raya cina yaaaaaaaaaaaaaaa…!

Apelah kan….. orang pegi bercuti sepatutnya happy.. aku tak happy pulak…bersabar jer lah amy… ade lah HIKMAHNYA ni…. Selalu pun mcm ni jugak… kalau rasa nak pegi sangat2 tu sure tak jadi…. Sure ade jer  halangan…..nasib aku pun mmg tak berapa bertuah.. heheh….so redha jer laaa….

Hmm.. di saat kecewa +  tension  ni aku kene beli bende lain…. benda yang boleh mengubat hati.. heheh lagi pun memang dah perangai aku ni..klu tension sgt mesti nak kene beli satu barang… kononnya hadiah utk diri sendiri laaa… baying kan klu kita tgh sedih pastu ade org bagi hadiah..kan best! Heheh so aku akan buat camtulaaa.. beli lah satu kasut ke..handbage ke..baju ker… music box ke…. untuk ubati hati sendiri…. Hihihii klu masa tension tu bajet kecil,  kene lah beli hadiah kecik  je   seperti  cekak rambut ke,  getah rambut ke…hihihi…  itu cara aku… cara org lain aku tak tahu laaa… hehheheh

Chow…



Tuesday, February 1, 2011

nothing to say...

salam
lamanya sudah tidak meng update blog ku ini yaaa.... hmm takde idea laaa... nak citer pasal ape ek... suka duka...macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup ku ini.... cuma aku malas nak fikir sangat.... terlalu banyak berfikir pun serabut jugak kan.... so baik lah diam jer..buat tak tahu jer pasal problem kecik2 tu..diamkan jer....malas nak layan..mujur lah aku ade habit yg menarik..bila rasa susah hati sket tgk drama korea....pasti lps tu ceria sket... hehehe....ni pun baru menamatkan drama "personal taste" lakonan Lee min ho.. hmm bestnya.. tak pasti lah jalan citer best atau lee min ho yang best... maklum lah.. orang hensem...kah kah kah



hensem x?? ape pendapat korang???? hiihi

esok raya cina...ingat nak pegi kota Bharu.ade wedding member kat sana.... hmm mintak2 lah hadif sihat sepenuhnya..baru best nak jalan...hmm hadif baru sihat dari sakit mata....aku cuti 2 hari jaga die kat rumah..kasihan sungguh anakku itu... mujur lah dah beransur sihat.... kesian aku tgk mata die yang bengkak tu... huhuu alhamdulillah.... hadif dah ok....klu sihat best sket nak jalan kan... 

Sunday, January 9, 2011

AJL 25

TOLONG INGATKAN AKU- ANA RAFFALI
Jangan di susun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap bunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau damping aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa….

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku kisah kita…


Salam, 
Jujur aku akui mmg aku bukanlah peminat fanatik ana raffali.... suke jugak dengar lagu die tapi taklah kenal sangat dengan ana & tak pernah nak hayati lirik lagu yang die tulis ni.....tapi lepas lagu ni menang AJL 25 smlm aku rasa terpanggil lak nak try "baca" lirik lagu die ni..bukannya ape, mula-mula tu aku tak boleh terima jugak kemenagan ana raffali & lagu die ni... sbb aku x faham lagu ni.. tp die menang pulak kan..so aku fikir, mesti lagu ni "special"... klu tak istimewa takkan juri boleh jadikan dia juara kan.... juri semua profesional so pasti ada mesej tentang lagu ni... rugi pulak kalau aku tak tahu kan.. sbb selalu dengar lagu ni, tapi tak faham apa-apa..so pagi ni aku pun search lah kat internet..tgk fb die pasal lirik lagu ni.... 
yap! bila aku hayati & "baca" lirik lagu.... mmg best rupanya..mmg puitis...mmg berseni.. maksud yang ana raffali cuba sampaikan pun mmg dekat dengan aku..dekat dengan kita semua... aku mmg sudah jatuh cinta dengan lagu ini... dengan karya gadis muda ini.....aku nak dengar lebih banyak lagi lagu ana raffali.. 
 "Tolong ingatkan aku..." kita selalu lupa...bila marah kita lupa semua kebaikan...lupa semua saat manis bersama......bukankah lebih baik mengingat segala kebaikan yang ada... islam juga mengajar kita begitu kan????  tolong ingatkan aku....

Sunday, January 2, 2011

1.1.11


1 Jan … tarikh lahirku…. 28 tahun yg lau aku lahir ke dunia ini.. terima kasih pada “mak” yang telah membawa ku kedunia ini…. Lahirlah aku…. Mengharungi hidup ini… sebagai manusia… 
alhamdulillah… hari ini aku masih lagi menghirup udara di bumi Allah ini..masih di beri peluang utk mengecapi nikmat kehidupan..meneruskan perjuangan di alam pinjaman mu ini.. Ya Allah, ku tahu aku bukan lah hamba MU yang sempurna… aku hanya hamba mu yang lemah…. Yang punya banyak dosa…. Yang masih mengharap kan keampunanmu… Ya Allah ampunkan dosaku … Rahmatilah hidupku…. Kuatkanlah imanku..bimbinglah aku menjadi hambamu yang solehah….sesungguhnya aku amat mengharapkan kasih mu & syurgamu Ya Allah…

Hari ni dah 3hb…..disebabkan 1 & 2 hb tu cuti so today adalah hari pertama ku ni pejabat di tahun 2011 ini….. banyak juga ucapan belated bessday yg aku terima hari ini….thanks pada semua….. thanks juga pada sahabat yang sudi memberikan ku hadiah… aiks…. Dah tua camni pun still dapat hadiah kan… cewahhh… Seronok lak rasa kan…kawan kawan semua…cayang korang!! Hihiih….. pada kawan2 & sedara mara yg wish kat fb tu…thanks so much ya..! 
utk my luvly hubby.. thanks so much honey.. I love you mmuah!

Utk edisi pertama 2011 ni aku tak nak berceloteh panjang… takde idea….lagi pun xcukup bahan laaa…. Awal2 tahun ni kan…. Agak busy sedikit… ntah ape yg sibuk pun aku x tahu…. Nak cakap pasal azam pun rasa xde mood sgt.. sbb azam tahun lepas pun xtercapai lagi…kui kui.. nak itulah ..nak inilaaa.. last2 tak tahu ape yang dapat…heheh so tahun ni aku xmahu excited sgt nak tulis AZAM.. biarlah dalam hati jer…Hihi..
Hmmm smlm sempat jugak beli CD filem CUTI CUTI CINTA… aku mmg suke Nora Danish & farid kamil..so bile tgk gandingan diorang berdua ni…. Mmg best lah sgt….  3 kali ulang tgk citer tu…sweet lah sgt..aku ni mmg suke tgk citer comedy romantic mcm ni… farid kamil klu berlakon watak sempoi camtu mmg sesuai lah…dengan lisa surihani pun best… kali ni pun menjadi jugak..keh keh..balik umah ni nak tgk lagi lah..hehehhe….
Oklah yer…. Selamat Tahun Baru semua….