About Me

My photo
“Ya Allah, Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmat-Mu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini. Ya Allah, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..”

Wednesday, September 18, 2013

PENAWAR KEPENATAN yang RASULULLAH AJAR…

Untuk membantu mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian  sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri  kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. 


Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." 

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.  Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. 


Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik  daripada apa yang kamu minta daripadaku?
Apabila berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.    Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.


Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."


Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , In sya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan  hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
In syaa Allah..!!

ACIK LANA


Acik lana oh acik lana!!

Sukanya baca novel-novel awak…pandainya awak bekarya.. luasnya imaginasi awak wahai cik adik… sungguh lah rasa nak ke alam khayalan dibuatnya.. bila baca novel Puan acik ni ada bermacam rasa…boleh tergelak seorang, sedih dan gundah gulana, suspen, guumbiraaa dan yang paling best boleh berjiwang-jiwang….. hehe

Apa pun memang PUJIAN ini penuh  ikhlas ku dedikasi kan buat penulis favorite saya yang seorang ini. Dek kerana hebatnya karya acik yang sebelumnya, saya sampai ke tahap tak perlu baca sinopsis bila ternampak novel acik. Memang akan Beli atas nama PENULISNYA!  Jalan cerita tak payah fikir best ke tid ak sebab acik pastidah buat yang terbaik untuk peminat-peminat nya yang sangat wonder girls ni. hehe semuanya gara-gara ke”sedapan” novel acik yang lepas –lepas. Novel yang tak pernah mengecewakan hatiku sebagai pembeli ni, memuaskan hati sehingga menjilat jari… hehe Dan yang lebih penting tidak mengecewakan poket ku ini…so dengan hati gumbiranya nak melabur untuk karya-karya awak! Ini bukan fanatik ya… ini dinamakan konsep kepercayaan yang tinggi terhadap seorang penulis muda yang sangat berbakat & cun macam acik.. hehehe

So malas lah nak cakap banyak..keterujaan ini terjadi selepas ketibaan Novel terbaru acik yang aku order secara online hari tu ke meja aku.. Thanks abg posmen.
Sedar-sedar  je dah ada atas meja kat opis ni haaa.hmmm tapi bila nak start baca tu tak tahu lagi lah ya..busy ni tau…

 “PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA”. Yes! Tengok tajuk pun dah macam best kan..?  memang best lah tu..!

So apa tunggu lagi, meh kita amik gambo PYPAC sedang berposing…tadaaaa!!



inilah PYPAC...yuhuu tak sabar rasanya nak baca!



Wednesday, September 11, 2013

Dalam setiap sujudku

Salam...
tengok pada tajuk macam serius je kan.. "dalam setiap sujudku" dah macam tajuk Drama.. actually memang ilham untuk tajuk ni aku dapat dari sebuah drama pun.. al maklumlah. lama sangat MATERNITY LEAVE ni..habis segala mak datok drama aku tonton kat rumah ni..Melayu, Filiphina, Indonesia.. boleh belaka! 3 bulan bercuti memang agak lama..cukup untuk menanam sifat malas nak bekerja semula, berdebar nak mengadap boss, Berat hati nak tinggalkan my new baby kat taska nanti... AAAHHH! bercampur baur RASA dlm hati ku..tapi apakan daya..sebagai manusia biasa-biasa macam aku ni, itulah rutin yang wajib untuk aku hadapai.. orang biasa yang bukan "princes"..bukan "anak jutawan.." bukan "anak raja "... orang biasa yang perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan ini..hehehe 

My baby Hafiy akan meneruskan life dia sama macam abangnya dulu.. di Taska! dengan 1001 satu dugaan. dengan ancaman jangkitan penyakit (nauzubillah), kawan yang ramai, guru-guru yang terhad.... semuanya merisaukan aku.TAPI aku tahu, di mana pun anak dihantar semuanya atas PENGAWASAN ALLAH jua..malahan kalau aku jaga sendiri pun, semuanya atas perlidungan dari-nya.jadi aku tak mahu terlalu memikirkannya dan Mahu berfikiran POSITIF! ya aku mesti kuat untuk meneruskan hidup ini..

Hafiy aku hantar dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.... dengan doa yang saban hari kupanjat kan pada ALLAH WT.. Moga Allah sentiasa memelihara & melindungi anak-anak ku dari segala bahaya.. apa yang aku ada sekarang ialah berserah & Tawakal kepadanya..

"Ya Allah aku memohon kepada-MU.. kau peliharalah anak-anakku.Jauhkanlah mereka dari segala bahaya, Sihatkan tubuh badan mereka, Jadikan mereka anak yang berjaya di dunia Akhirat.Ya rabbi, Lindungi lah mereka walau dimana mereka berada...kau lah sebaik-baik tempat perlindungan dan tempat kami bergantung harap.sesungguhnya hanya kau yang mengetahui apa yang terbaik buat kami semua..." ameen

Buat Hadif & Hafiy ini doa Ummi buat kalian berdua dalam setiap sujud ummi selagi masih bernafas di dunia ini! ummi sayang korang berdua!


Guide me all the way

by Maher Zain 

I know that You could easily

Take away every thing You’ve given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
‘Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for you to be pleased with Me

Chorus:

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

I know that sometime I do

I do forget that my last breath could be the last
Forgive me ’cause I cant thank you enough
Forgive me when I doubt your love
Now I pray for that day
when all this stops and comes to an end
Somy my last wish is for You to be pleased with me

Day by day passes

And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my hear
‘Cause soon I’ll have to leave it

Tuesday, September 10, 2013

2013

Assalamualaikum wbt..

Yeeeaaahh....apa mimpi berblog semula ni..ntahla... cuma yang pasti malam ni gatal tangan pulak nak menziarahi blog yg dah berzaman aku tinggalkan ni... nak kata busy sangat tu tak juga..cuma more kepada alahan kot. sbb sejak mengandung kan anak kedua hari tu, malas sungguh nak berblog.. 


NOW bila baby dah lahir baru rasa nak menulis semula.. baru terjaga dari lena yang panjang! cewah... hahaha.. so disebabkan hari dah lewat malam ditambah plak dengan "terlalu lama" x menaip ni so tak tahu apa yang nak ditulis sebenarnya... nak ucap selamat hari raya pun dah terlambat.. selamat Hari merdeka pun dah terlepas...hehe so kita share PIC jerlah... hmm pastilah gambo Putera kedua ku yg selamat dilahirkan pada 16 June 2013 hari tu.. Putera yg membawa alahan kepadaku supaya malas nak berblog hari tuuu.. dah nak masuk 3 bulan pun umurnya... aku pun dah nak masuk keje next week.. hehehe His name is WAN HAFIY AMMAR.. mestilah nama lebih kurang abang dia juga kan,, nama pun adik beradik... Abg WAN HADIF AMZAR mmg excited dapat adik. rajin main dengan adik..rajin jaga adik.. pendek kata boleh lah nak diharap utk tengok2 kan adik sekejap2 tu kan..hehe alhamdulillah..aku sebagai "ummi" berharap agar hubungan mereka rapat dan baik buat selama-lamanya.. i love both of you son.. mmmuah!!




HARAP selepas ini aku akan kembali bersemangat nak menulis di sini..hehe semoga datanglah idea2 yang boleh dikongsi bersama...hehe..salam sayang.. :)

Tuesday, October 2, 2012

Rumput Paling Cantik...!!


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? 
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm....baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. 
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? 
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. 

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik? 
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. 

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Monday, October 1, 2012

MALAIKATMU...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....                                                                                                                                                      Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok 
Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup    
disana; saya begitu kecil dan lemah ?"                                    
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan      
menjaga dan mengasihimu ."                                                
                                                                                                                                                   
Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya      
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan                  
sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."                                  
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu    
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"                                                                                                                                                          
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya 
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"                                  
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang  
pernah kamu  dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan  
mengajar  kepadamu cara berbicara."                                      
                                                                                                                                                   
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""    
Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"                                                                                          
                                                                            
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan        
melindungi saya ?"                                                        
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal    tersebut mungkin akan      
mengancam jiwanya"                                                                                                                                                                                                          
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"          
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan  
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan  
sentiasa disisimu"                                                        
                                                                            
Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi    
dapat terdengar,                                                          
                                                                                                                                          
dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang,  
bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat  tersebut ?"                      
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "                              
                                                                                                                               
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan  
cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta    yang tiada    
galang gantinya dunia akhirat...                                          
                                                                                                                             
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan    
karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya                    
Syurga itu dibawah telapak kakimu






Friday, September 28, 2012

HOBI

Assalamualaikum....
hmmm today nak membebel bab HOBI pulak.... dulu masa sekolah selalu buat biodata..cikgu pun selalu tanya bab Hobi & cita2....tp topik cita2 tu mmg tak boleh nak bincang dah skrg ni..umur nak masuk 30..nak ckp pasal cita mmg rasanya x berapa sesuai.. hehe dulu senang je jawab "cita-cita saya nak jadi Cikgu, Doktor, Penyarah.." amboi amboi cita-cita x koman...lagi kelakar bila sebut nak jadi pramugari..keh keh keh tak ke punya kelakar jawapan tu..alih2 now keje kat Bank... tak ke jauh menyimpang. so drop the subject.. tak payah lah nak citer lebih2 pasal cita2 yg tak kesampaian tu.Semua pasti ada hikmah. Allah tahu apa yg terbaik utk kita. TITIK...:)

Rasanya now lebih suka nak ckp pasal HOBI... sebut bab hobi sebenarnya aku sendiri pun x tahu apa HOBI sebenarku..byk sgt bende nak buat..rasanya 24 jam sehari mmg x cukup.... yerlah 8-10 jam dah tentu2 kat opis....uruskan rumah tanggaku ini dah bape jam..main dengan putra ku yg seorang ini....tdo mkn semua tu kan...dengan hobi aku yg pelbagai ni, semua rasa nak buat, mabuk jahit manik kat baju laa, jahit manik tudung laaa...Baca novel lagi...klu dpt mengemas rumah sambil melalak with radio yg kuat mmg boleh habis 3-4 jam.lagi best dpt selit2 sekali menari & aerobik sambil mengemas tu..hahahah best! hmm kalau dpt pegang majalah or buku2 motivai mmg la bertambah ralit... mcm mana pula dengan aktiviti berfacebook..bergoogle..berbloggggg....klu window shopping tu boleh masuk kategori HOBI ke..? tp aku klu letak kat SOGO sehari suntuk pun takpe..tak jemu punya..kaki shopping ke tu...? hehe..so yg mana satu dinamakan aktiviti kegemaranku..? semuanya rasa syok je nak buat..enjoy je...hahahaha....  Ni ada niat pulak nak beli mesin jahit...rasa nak menjahit je...jahit langsir ke...sampul bantal.. alas meja... best juga kan...mohon Allah murahkan rezeki..nak beli mesin jahit ni!!! Insyaallah... :)

hmmm.... Jujurnya mmg sejak kecil lagi aku ni mmg xpandai nak bersosial sgt..xreti nak bersembang rumah org lama..duduk menempek tepi pagar mengumpat sana sini...dan x suka juga bila ada jiran, sedara or member yg datang lepak 3-4 kat rumah nak bersembang itu ini..eeee rimaslaa.aku ni lebih suka beraktiviti di rumah... tp bila dah masuk alam dewasa ni, ada pulak yg ckp aku ni kurang bermasyarakat.... huhuhu ntahlaaa... rasa mcm x cukup je masa dlm sehari...byk bende nak buat...lagi nak suruh melepak bagai tu kan... wajarkah..??? takpelah..bak kata prof Muhaya kita jgn terlalu memikirakan apa " ORANG KATA...." so tak perlu fikir sgt kot.... :)

Rasanya lebih bahagia klu dpt melepak with hubby & my son kat rumah ke or kat luar ke.. sambil2 melaksanakan hobi aku yg pelbagai tu..yahooooo!








Wednesday, September 26, 2012

Jamuan Raya Bank @ Primula..


Salam... mood nak update blog sudah datang....datang..datang... hehe
 wow...tahun ni rasanya paling banyak pegi open house..sana sini jemputan..semua rasa nak pegi... so badan pun dengan seronoknya beraya sekali O(maknanya badan naik mendadak..hehe) yolaaa apo nak di katoooo.rezeki jangan di tolak...hehe..today nak share pic Jamuan raya Bank saya @ Primula Beach Resort..sebab I am one of the AJK...so kene share lah sket pic masa Jamuan tu ye... yuhuu.. 









Sunday, September 23, 2012

Langkawi, Kedah

TRIP kali ni panjang sket.. Sg Petani - Alor Star - Pulau Langkawi.
ni sempena wedding adikku Ayuni & Amin..kawen ngn org kedah, so ke utara lah kita ... Congratulatin sis. Semoga kekal hingga ke syurga. :)







Rassulullah SAW pernah bersabda :



" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...Berdasarkan Hadith Nabi SAW : " Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari" 

Huraian hadith:

 - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yanghidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepadakedua ibu bapa (hidup atau mati) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkanwajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezekiOleh Allah SWT.

Kesimpulannya: 
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma janganlupa Doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kitaDapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doakita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Insyaallah. .
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita,waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang ataumalam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)


Caranya :
mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan
lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn
yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)


Untuk yang sudah meninggal :

 "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlahbapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Thursday, February 9, 2012

Lost World Of Tambun !!

alhamdulillah...yahooo... best...
seronok bila dapat spend masa with hubby, hadif & adik2 mcm ni.. azie , kakcik & adik join trip kali ni..tapi sorang lagi adikku si Ayu itu xdapat nak join..sbb agak busy menguruskan wedding nya yg akan berlangsung tidak lama lagi..takpe sis.. nanti kita buat trip ke tmpt lain pulak,,, awak wajib JOIN bersama adik baru Kakyong yaaa.... hahaha Destinasi pilihan kali ini ialah Lost world Of Tambun... dekat je...Tambun je.. ntah bape kali lalu.. tak pernah masuk pun..ni baru terbuka hati nak menyalurkan kewangan ke tempat tu.. hehe rezeki korang laaaa... tu pun sbb nak merealisasikan impian Hadif nak naik Chungginton...Thomas..Train..keretapi & yg sewaktu dengannya. sbb kat dlm Lost world Of Tambun tu ade Train & zoo...so itu yg menguatkan semangat ku nak membelanjakan RM 45 sorang utk masuk ke tmpt tu.. tapi rasa berbaloi..:) 04 February 2012... pasti ku ingat date ini! :) hadif nampak happy... yerlah.. kat terengganu mana nak rasa semua pengalaman ni... mula2 hadif nampak terpinga-pinga..maybe die rasa heran.. "kat mana saya ya???..lain mcm je suasana kat sini.... " :) takpelah hadif.. yg penting ummi nak hadif gembira hari ini.... rasai pengalaman hebat ini!! enjoy da pic...!

posing sblm Train bergerak..kita nak round round.... yuhuu...

eksyen lah korang mula2 ni...kang dah kene hayun barulah pucat.... hehhe

sempat posing dengan si NURI.... tomei...tapi hadif takotttt....

hadif sempat shopping cenderamata untuk diri sendiri.. Payong..! cute kan....:)




Friday, January 20, 2012

klik!


Alhamdulillah...
cuti hari ni dapat jugak berkelah kat tepi pantai..menghirup udara segar...mendengar deruan ombak... ala ala ombak rindu gitu... keh keh..makan nasi lemak kat tepi laut dgn penuh selera.. eceh! kat rumah pun selera jugak..tp kat tepi laut ni feel lah sikit... hehehe.. Thanks to mama masakkan nasi lemak sotong.! lazat sekali... tambah meriah bila ada Ifah, cik Tun, Hani & Ali (yg diimport dari Dungun..) hehe join sekali.. ramai lah sikit kan.. :) ade jugak teman hadif main bola... :0 Aku biasala..... mesti posing! hahaha di mana juaaa.. xkira masa..camera mesti di tangan... lebih2 lagi with camera baru yg dibeli semalam.. hahaha Canon T3 EOS 1100D.. alhamdulillahh..tercapai sudah niat nak ada camera gedabak ni... hasil dari menabung dan duit KUTU... dapat jugak beli kan hadiah utk diri sendiri utk bessday aku kali ni..wlaupun bessday dah lepas tapi sambut sebulan maaaaa..... raya kan sebulan..bessday pun sebulan laaaa... hehehe alhamdulillah. syukur atas segala rezeki! Thank you ALLAH.










Thursday, January 19, 2012

Aduhai drama!

Ariana Mikhail... Bicara  Hati & Vanila Coklat.... boleh pulak 3 Drama Melayu yg best ni ditayangkan serentak ek... alah TV ni..nak bersaing lah tu... persaingan yg merugikan org mcm aku ni.... dah lah nak tgk TV tu berperang sekali dgn nak buat keje rumah..nak tgk anak...iron baju untuk kerja esok... TV pun bersaing sama dok tayang Drama best best serentak...ni tak termasuk Drama korea kat 8TV lagi.. ni nak menguntungkan Astro Max namanya ni..boleh rakam citer tu..boleh rakam citer ni... hehee.. hmmm nak wat camne kan.. tgk jerlah sikit2.... tamak sgt.. semua nak tgk...jgn rosak remote tv aku sudaaaaaaaaaaaah.. hehe dah skrg ni musim drama best.bukan senang Malaysia nak ada Drama best2 kan...hehe..cuma yg menghairankan kenapa agaknya hanya hari selasa je sesuai utk drama2 yg syok ni ye...bukan dalam seminggu ada 7 hari ke?? hehe


                                                                        Bicara Hati...

Berbaloi ke tak?

yuhuu.... rasa sungguh lah confuse.... nak beli ke tak ye?? sungguh lah teringin nak ada camera zaman2 skrg ni kan... hahahha ala2 photography konon.... keinginan tinggi betoi kan? bajet tu ada x??  D3100 antara yg termasuk dlm list.... x lah canggih sgt... tp sebab harga die yg paling murah diantara yg lain... so ingat nak beli yg ni laaa... hehe dok fikir fikir lagi ni... tapi klu fikir lama2 pun xboleh juga.. duit yg dlm poket akan terus berjalan..keluar ..hilang sedikit demi sedikit... maklumlah  pompuan..pegi kedai sket..beli baju kasut..tudung.... mengalir wang ku... klu beli camera ni nampak jugak hasilnya kan?? hehehe ish! mula lah tu hati berperang dengan akal fikiran aku ni.... tapi klu beli kang membazir x??? rugi tak?? untung ke tidak ni.... nak beli ke idak ni?? hehhee ish pening.....

                                inilah camera yg menjadi perhatian ku..... hehe...

Tahniah



Assalamualaikum..
Tahniah to my sis, Ayuni yang selamat bertunang dgn tunangnya Amin... wah dah ade adik lelaki lah aku skrg ni ye.... hehe so now aku dah ada 5 org adik... heheh sure skrg diorang tgh busy utk buat preparation for majlis perkahwinan pulak... mmg banyak perkara nak buat... tapi insyaallah berkat bantuan semua dan doa bersama akan memudahkan perjalanan majlis tu nanti ye.. here i wanna share sikit gambar majlis pertunangan hari tu... warna temanya ialah cream & pink..so sweet... :)



                                                                 posing timeee!!

                            ni ha, anak sedara yg sentiasa support untie2 dia...! cayalah..:)

Friday, September 16, 2011

15 Sept 2011




Assalamualaikum…..
Lama nya tak singgah ke blog ku ini…. Busy nya sampai tak sempat nak tulis ape ape pun.. dari cerita kerja, berpuasa, tentang my luvly prince hadif, Hari Raya, kampung tercinta.. semuanya x sempat nak ku tulis… NIAT mmg ada..tp tinggal niat jer laaa….. J alhamdulillah atas segala nikmat..rezeki, kegembiraan & kasih sayang dari Mu Ya Allah… aku bersyukur. Aku tahu segala apa yang ditetapkan oleh mu adalah yg terbaik buat ku..buat semua hamba hamabamu…. Wajib bagi aku, sebagai hamba untuk bersangka baik buat mu….
Aku pohon dari Mu Kekuatan, ketaatan, ketenangan & kesabaran atas segala yg engkau telah tetapkan…

Hari ini 15 sept.. merupakan hari terakhir aku bersama sahabat2 yang aku sayangi… ade lagi yang masih tinggal di sini…tapi ramai juga yg akan pergi.. jujurnya selama 3 tahun lebih aku berada di bumi Terengganu ini, aku  tidaklah mempunyai ramai kawan…. So bila tiba masa perpindahan mereka..aku rasa teramat sayu… rasa sedih utk berpisah dgn diorang…teman yg boleh bercerita tentang susah senang kita… rasa semakin kurang sahabat di sini.   Di Rantau orang, sahabat umpama keluarga… tmpat berkongsi cerita..suka duka kehidupan… senyum tawa bersama..kini tinggal kenangan..

walau banyak mana air mata yang keluar…walau ape pun yg aku katakana…tiada apa pun yg mampu ku ubah….. itulah rancangan Allah..itulah ketentuannya….  Buat fida, mariana, kak matun, Ja & kak za Thanks for everything…selamat maju jaya kat tempat Baru.. harap kita boleh selalu jumpa..walau pun x sekerap dulu… aku sayang korang!

Wednesday, July 13, 2011

Kejar Redha Allah




Alhamdulillah….
Pagi tadi jam 10 pagi –radio IKIM.fm bersama Dr Prof Muhaya dalam slot Islam itu Indah sempat aku mendengar sedikit kata –kata beliau.. sungguh banyak yang aku harus pelajari dalam dunia Allah ini… terlampau cetek ilmu ku ini.. terlampau sukar nak mengamalkan cara hidup islam sebenar… kata Dr Muhaya mesti ingat perkara ini.. “  dapat kan Redha Allah – pasti dapat penghargaan Manusia “ sesiapa yang mengejar penghargaan Manusia semata-mata pasti TIDAK akan mendapatkannya….. yang penting adalah Redha Allah… kejar Redha Allah..kejar Redha Allah…Kejar Redha Allah… hmm aku ini sangat jauh rasanya…. Aku ingin sekali dekat padamu Ya Allah.. bagaimana ya?? Yes aku akui..selama ini aku suka sangat bila dihargai..selalu sangat ingin orang nampak aku… maybe sebab itulah aku jarang dihargai… jarang diperlukan orang lain… selalu aku bayangkan.. “siapa lah aku?? Klu  aku tidak ada dalam Dunia ini suatu hari nanti pn, rasanya dunia Tidak kisah pun…. Rasanya org sekeliling pun x terlalu merasakannya…

Dr Muhaya itu amat hebat orangnya ye… seorang doktor pakar. Tetapi bijak jugak dlm hal agama.. memberi inspirasi bukan sahaja pada sahabat dan sanak saudara…bahkan pada sesiapa yg mendengar kata-katanya…banyaknya pahala Dr….

Yes aku akui jujurnya dalam dunia ini aku adalah antara manusia yang jarang dihargai…. Sejak kecil mmg tiada pernah ucapan Selamat Hari jadi pun yg pernah ayahku ucapkan…  tapi Who’s care kan????
Amiza, boleh x kau mulakan hidup baru & lupakan saja sejarah kau… Bangkit…! Walaupun kau xpernah dididik cara hidup islam.. walaupun ko x tahu ape erti syukur, makna redha, ucapan alhamdulillah, erti nikmat…….
Tapi Mulakan dari hari ini… Mulakan menuntut Ilmu….mulakan mengamalkan ape yang kita belajar.. Mula Amiza ..mula…. selagi nyawa belum di tarik Allah…selagi itulah kita belum terlambat.. Masih sempat untuk bertaubat..masih sempat untuk perlahan-lahan mencari redha Allah… Masih sempat untuk mengubah cara hidup…. Untuk melakukan kebaikan mmg susah..mmg berat..mmg payah.. ya Allah kuatkan aku.. limpahi lah Rahmat Mu buatku… Tabahkan hati ku ya Allah… Bantu aku Ya Rabbi… aku perlu pertolongan MU.. aku rindu kasih sayang mu… Tiada lah tmpt lain selain dari Mu Ya Allah untuk aku memanjat Doa.. Tolong Ya Allah….izikan aku merasa secebis kasihmu… Izinkan aku menjadi Ahli syurga MU… izikan aku berbahagia di sana nanti… amin.

Sunday, June 26, 2011

kayuh basikal!

26hb june 2011


salam..... suke nak share kat sini.... hari ni hadif dah pandai kayuh basikal roda 3 die tu sendiri... slow slow jer... baru nak belajar kan.. hmm suke sgt tgk.... dah besar anak ummi yer... itulah masa...  xsedar kan... hadif! terus berlatih yer... tapi klu dah expert nanti jgn bawa laju2 pulak... takut masuk longkang pulak... heheh.... hari2 berlatih ni next week boleh kayuh laju lah ni... heheh tapi dalam pagar je yer.... lebih2  x boleh yaaa... cayang hadif! my prince....







Thursday, June 23, 2011

sharing is caring...

First time baca artikel ni..rasa sangat tertarik… 2 kali baca rasa semakin faham.. kali ketiga rasa macam nak copy past kat blog saya ni… hehehe tak salah kan.. bende baik…. Pastinya elok klu berkongsi dengan lebih ramai orang…. Ilmu tu…tak elok kedekut ilmu tau.. hehhe


Menutup Aurat itu seksi?
Apabila menyebut tentang menutup aurat, maka si penyebut biasa dikaitkan dengan gelaran ustaz, orang alim, orang agama dan sebagainya. Ia seolah menjadi satu frasa yang khusus untuk orang alim sahaja seolah-olah menyebut tentang sesuatu yang diajar didalam agama itu milik orang alim dan bukannya orang Islam.
Aurat dan seksi adalah dua perkataan yang mempunyai banyak hubungan dalam kebanyakan artikel dan penulisan seluruh dunia. Menyebut tentang aurat, pastinya perkataan seksi adalah lawan baginya. Begitu juga apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah perkara yang membuka aurat. Saya tidak boleh menafikan perkara tersebut. Itulah adalah perkara yang sekian lama bermain di benak semua orang.
Tapi pernahkah anda terfikir bahawa menutup aurat itu seksi? Bagaimana pula menutup aurat boleh menjadi seksi? Bukankah menutup aurat itu bererti menghilang status seksi?
Disinilah ingin saya sampaikan satu skop pandangan seksi terhadap mereka yang menutup aurat dan sebenarnya seksi inilah yang banyak menarik perhatian ramai lelaki tidak kira sama ada mereka mempunyai iman atau lelaki dari golongan 'buaya darat'.
Didalam kajian psikologi, lelaki sebenarnya mempunyai nafsu fantasi lebih kepada wanita yang menutup tubuh berbanding yang membuka dan mendedahkan aurat. Mengapa ia terjadi sedemikian?
Ini adalah kerana sesuatu yang sukar dilihat,tersembunyi atau diperolehi adalah sesuatu yang berharga. Kerana itu kebanyakan blog atau web yang menggunakan topik wanita muslim bertelanjang sering mendapat respon daripada lelaki bukan Islam dari seluruh dunia. Tetapi selalu yang dipaparkan ialah gambar daripada model yang berpakaian ala Islam kerana hakikatnya wanita muslim sejati tidak akan berbuat demikian.
Cuba kita singkap betapa komuniti yang sudah tegar dan agak biasa dengan situasi wanita yang membuka aurat menganggap wanita muslim mempunyai aset yang bernilai kerana menyimpan keindahan kecantikan fizikalnya hanya kepada yang berhak.
Ia sebenarnya adalah konsep nilai yang ada pada amalan itu sehingga amalan menutup aurat yang samasekali berlawanan dengan seksi itu, dianggap seksi pada kelasnya yang tersendiri.
Lelaki barat atau bukan Islam sebenarnya manusia biasa seperti lelaki Islam. Mereka punyai nafsu dan perasaan. Nafsu mungkin menyeronokkan mereka melihat gadis-gadis mereka berpakaian seksi tetapi jauh di sudut hati ada perasaan cemburu bila gadis yang sudah menjadi kekasih atau isteri dipuji orang kerana keseksiannya.
Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita itu iaitu suaminya kerana hanya dia seorang yang berhak menikmati keseksian isterinya.
Sedar atau tidak, seksi yang ditafsirkan pada mata kepala sedia ada adalah hanya satu perkara yang menarik perhatian berasaskan nafsu. Berbeza dengan seksi dalam ertikata Islam iaitu menarik perhatian seorang lelaki kepada perempuan itu dalam ertikata yang lebih meluas meliputi maruah, ketaatan, kesungguhan memelihara aurat, memelihara kecantikan untuk hanya yang berhak dan sebagainya.
Tiada bezanya tentang perempuan yang menutup aurat dan membuka aurat dari segi fizikal. Mereka tetap berambut, bertangan, mempunyai mata yang cantik, kulit yang tersendiri dan sebagainya. Kecantikan itu tetap sama, sama ada mereka menutup atau membuka aurat. Tetapi nilai itu yang membezakan mereka. Menutup aurat memang susah dan bukannya perkara mudah. Jauh di sudut hati wanita menutup aurat itu, ingin menayangkan kecantikan mereka kerana wanita seksi sering mendapat perhatian. Kerana itulah melawan nafsu dan keadaan itu adalah susah. Kerana itulah juga wanita menutup aurat itu sebenarnya melatih diri menjadi seorang yang sabar, berpendirian, tabah, bermaruah dan tekun kerana kesungguhan melaksanakan perintah Allah ini serta melawan kehendak nafsu sendiri dan nafsu orang lain.
Allah itu Maha Bijaksana. Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, tarikan itu umpama gula yang menjemput semut. Habis gula semut pun hilang.
Berkasih-kasihan adalah perkara yang datang dengan tanggungjawab. Apabila tarikan yang diberi memperlihatkan tanggungjawab seorang wanita memelihara kecantikan diri dan agama, maka umpan itu ikannya ialah seorang lelaki yang mahukan pasangan yang bertanggungjawab menjaga maruah dan kecantikan keluarga.
Menutup aurat hakikatnya adalah iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa. Soal sikap adalah perkara kedua. Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu jahat. Itu adalah hakikat yang benar.
Membuka aurat bukan menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat yang berhati busuk. Itu adalah soal hati. Tetapi seorang wanita yang baik hati dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih lengkap.
Sepertimana makanan yang terhidang di atas meja tidak bertudung saji, ada kemungkinan lalat datang menyinggah. Pada pandangan mata, mungkin makanan itu telah dicemari lalat. Berbeza dari makanan yang bertudung saji, akan memberikan lebih keyakinan kepada orang untuk menjamahnya.
Usahlah dibangkitkan persoalan adakah wanita menutup aurat itu semua baik, kerana hakikatnya mereka telah membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah.
Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.