About Me

My photo
“Ya Allah, Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmat-Mu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini. Ya Allah, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..”

Monday, April 11, 2011

we love you...

gambar hiasan..... hehehehe


12hb April.
esok bessday hadif... Selamat Hari Lahir Anakku.. alhamdulillah ... Hadif akan berumur 2 tahun.... pejam celik pejam celik dah menjangkau umur 2 tahun yer.....
"jaga anak" .... nampak juga perubahannnya.... nampak jugak perkembangannya..... syukur pada Allah.. terima kasih atas rezeki Mu Ya Allah... 


Buat Hadif.... Selamat Hari Lahir...Semoga Panjang Umur & diberkati oleh Allah.... Ummi harap Hadif akan jadi anak yang soleh... anak yang bijak.. anak yang berjaya Dunia & Akhirat..... Semoga Allah sentiasa melindungi mu sayang..... Ummi & papa sayang hadif... Semoga Allah merahmati keluarga kita.....  mmmmuah! we love U....





Monday, March 7, 2011

melaka!

hadif & A famosa....

Salam…
Bertemu kembali…..rasanya dah bersawang dah blog ku ini…lama nya x update…lamanya x ziarah…. Sejak terminate broadband ni , sejak tulah tak menjengah ke fb..blog….mcm2 perubahan dah ni… hehehe last week pg ke melaka… trip dengan kawan2 pejabat…. Best Jalan ramai2 ni kan.. tak lah boring sangat kan..meriah sket nak pg tempat orang bila berjalan beramai-ramai ni. hiihihi

Pagi tu bertolak jam 6.30 pagi…..ikut jalan KL..sebab nak lalu highway punya pasal….tak penat sgt klu Jalan stright jer ni kan… J
Petang tu dalam pukul 1.30 dah sempai Melaka…. Check in di Sri Costa Hotel…berhadapan dengan menara Taming sari..dekat jer..nak berjalan pun boleh ke Dataran pahlawan tu

Prtang tu kiterorg Jalan-jalan kat dataran Pahlawan…lebih kurang kul 7.30 kiterorg bergerak ke Menara Taming sari lak..nak merasa jugak naik…..diwaktu malam..tak lah gayat sangat kan.. tiket RM10 utk dewasa… mmg best..berbaloi melihat-lihat Bandar Melaka dari atas..sangat lah cantik…..

Kemudian kiterorg pergi ke Jetty Melaka river cruise…nak naik Cruise…. Masa kiterorg beli tiket tu jam 8.20…sementara menunggu next trip jam 8.45 kiterorg sempat membeli  sedikt cenderamata ….hadif beli kipas pusing,... nak naik bot … sure cantik klu kipas tu berpusing2 nanti… heheh

Pengalaman naik Melaka river cruise ni memang menarik….. best..berbaloi & rasa nak naik lagi….. view yang cantik..ala ala kat ITALY lak rasa…. Heheh..dengan alunan lagu….lampu2 di sepanjang sungai….pertunjukan air pancut berirama…sunggun mempesona…. Cewah..! hilang sekejap segala kekusutan fikiran ni…hihihihi…

Malam terakhir aku tido di kuala Lumpur..rumah maksu....biasalaaaa..bila dengar aku nak datang..semua berkumpul ramai-ramai… wah pun datang..azie ayu…kaklong..anis… best! Makan ramai2..sembang macam2 topik..lama x jupeeee……. Macam tu laa….. sembang smpai tengah malam…..:)

Sebelum balik ke Terengganu sempat jugak kiterorg singgah kat IKEA… dapat lah beli sikit sikit..kalau lah duit ku BANYAK.. alangkah indah… semua bende rasa nak beli…. Ni semuanya terhad… takpe laa… aku nekad…. Nak menabung sket…. Klu hujung tahun ni ade duit2 kumpul tu boleh la pegi IKEA lagi kan.. hehehheee……

ni ade sedikt gambar kami di melaka....tadaaaaaaaaaaaaa….!

hadif with yaya.. ( anak dara kak matun...)
penatnya jalan....rehat minum susu hadif oooii....

menara Taming Sari... smile! hihihi

kak matun & rakyatnya...... hihihi...best! meriah gitu.....

penat ke tu???

@ rumah maksu.....nanti boleh datang lagi...... hihi

Monday, February 7, 2011

Rumahku Syurgaku..

Banyaknya halangan untuk memiliki sebuah rumah yaaa….. penuh dengan dugaan + rintangan.. kenapa susah sangat ek?? Orang lain boleh memiliki 3, 4, 5 biji rumah… tapi aku.. nak ada sebuah rumah sendiri pun susah… salah kah aku mengimpikan sebuah rumah??? Tamak kah aku?? Tidak bersyukur kah aku???

Kalau cakap pasal syukur memang luas maksudnya…. Susah untuk dihuraikan…. Masalahnya sekaramg, aku bukan nya tak mahu bersyukur…aku hanya mahu mencapai impian..aku hanya berusaha merealitikan mimpi…. Rumah yang aku duduk sekarang..bukanlah terlalu teruk…. Aku juga gembira di sini..aku juga ketawa… tapi, aku mahu berdikari….. mahu cuba hidup sendiri…. Dulu pun masa aku bujang semuanya ku lakukan sendiri..insyaallah dengan adanya bantuan Allah… semua akan jadi mudah… dengan kesihatan yang Allah kurniakan, insyaallah aku boleh lakukan… tapi kenapa peluang itu x muncul lagi ??

Aku sudah berusaha…. Pelbagai cara…pelbagai Jalan…. Aku fikirkan kebaikan semua… niat untuk membeli rumah yang aku duduki sekarang ni pun atas pertimbangan banyak perkara… namun aku setuju… setuju walaupun dengan hati yang berat.. sungguh berat…. Niat ku untuk hidup sendiri tidak tercapai jugak jika rumah ini yamg ku beli..bermakna bukan hanya aku +suami + hadif di dalam rumah itu… tapi aku pasrah….aku redha….. Cuma dalam hati aku ni masih ragu-ragu..betulkah keputusan ku ini?? Bahagiakah aku nanti??? Damai kah hatiku nanti… tenangkah jiwa aku nanti???

Ya Allah berhak aku mendapat nikmat untuk hidup di sebuah kediaman  yang dipanggil 
“RUMAHKU SYURGAKU….” Suatu hari nanti???
Wallahua’alam……





Sunday, February 6, 2011

SSF tutup!


Huwaaaaaaaaaa….! Maybe itulah perkataan yang paling sesuai utk ku ungkapan dalam keadaan aku sekarang ni. Mana tidaknya, hasrat ku utk bershopping di SSF terbantut… Peluang terlepas begitu sajaa… Huwaaa…huwaaa…huwaaa….. Kenapa kau tutup wahai SSF..! dah lah kat kuala Terengganu yang indah permai ni takde tempat shopping..sekali sekala pegi Kota Bharu tu ingatkan nak lah membeli –belah sket… Nak lah cuci mat & beli barang yang takde kat teregganu ni… ish.! Napelah tak buka jer SSF kat Terengganu ni.. bukaklah SSF  ke.. IKEA KE….. KK Deco Home ke….. kan senang .. tak lah berkejar ke sana sini  semata-mata nak membeli perhiasan- perhiasan rumah…  huh! Apolah nasib menjadi rakyat Terengganu ni ek…..  serba serbi tak ada.. semuanya tak complete.. salah aku jugak.. siapa suruh aku pindah sini kan??? Hahhaha padan muka ko amy!  Padan mukaaaaaa…….

Mmg silap lah aku berjalan masa raya cina ni.. keciiiiiwa tau tak..kecewaaaaaaa….!!  tapi nak wat camne kan..pegi KB ni pun niat nya nak pg wedding  sahabat handai kat sana….. bende2 lain tu sampingan jer…. sampingan yang boleh manaikkan semangat… hihih tapi bila dah jadi camni mmg rasa down..kiranya tak berapa berbaloi lah pg kb kali ni…. Dengan Jalan  jammed nya dgn jadual tergendala nyaa… hmmm cukup utk menbuatkan aku geram! Cumanya moral of the story jangan BERNIAT nak pegi SSF masa raya cina yaaaaaaaaaaaaaaa…!

Apelah kan….. orang pegi bercuti sepatutnya happy.. aku tak happy pulak…bersabar jer lah amy… ade lah HIKMAHNYA ni…. Selalu pun mcm ni jugak… kalau rasa nak pegi sangat2 tu sure tak jadi…. Sure ade jer  halangan…..nasib aku pun mmg tak berapa bertuah.. heheh….so redha jer laaa….

Hmm.. di saat kecewa +  tension  ni aku kene beli bende lain…. benda yang boleh mengubat hati.. heheh lagi pun memang dah perangai aku ni..klu tension sgt mesti nak kene beli satu barang… kononnya hadiah utk diri sendiri laaa… baying kan klu kita tgh sedih pastu ade org bagi hadiah..kan best! Heheh so aku akan buat camtulaaa.. beli lah satu kasut ke..handbage ke..baju ker… music box ke…. untuk ubati hati sendiri…. Hihihii klu masa tension tu bajet kecil,  kene lah beli hadiah kecik  je   seperti  cekak rambut ke,  getah rambut ke…hihihi…  itu cara aku… cara org lain aku tak tahu laaa… hehheheh

Chow…



Tuesday, February 1, 2011

nothing to say...

salam
lamanya sudah tidak meng update blog ku ini yaaa.... hmm takde idea laaa... nak citer pasal ape ek... suka duka...macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup ku ini.... cuma aku malas nak fikir sangat.... terlalu banyak berfikir pun serabut jugak kan.... so baik lah diam jer..buat tak tahu jer pasal problem kecik2 tu..diamkan jer....malas nak layan..mujur lah aku ade habit yg menarik..bila rasa susah hati sket tgk drama korea....pasti lps tu ceria sket... hehehe....ni pun baru menamatkan drama "personal taste" lakonan Lee min ho.. hmm bestnya.. tak pasti lah jalan citer best atau lee min ho yang best... maklum lah.. orang hensem...kah kah kah



hensem x?? ape pendapat korang???? hiihi

esok raya cina...ingat nak pegi kota Bharu.ade wedding member kat sana.... hmm mintak2 lah hadif sihat sepenuhnya..baru best nak jalan...hmm hadif baru sihat dari sakit mata....aku cuti 2 hari jaga die kat rumah..kasihan sungguh anakku itu... mujur lah dah beransur sihat.... kesian aku tgk mata die yang bengkak tu... huhuu alhamdulillah.... hadif dah ok....klu sihat best sket nak jalan kan... 

Sunday, January 9, 2011

AJL 25

TOLONG INGATKAN AKU- ANA RAFFALI
Jangan di susun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap bunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau damping aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa….

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku kisah kita…


Salam, 
Jujur aku akui mmg aku bukanlah peminat fanatik ana raffali.... suke jugak dengar lagu die tapi taklah kenal sangat dengan ana & tak pernah nak hayati lirik lagu yang die tulis ni.....tapi lepas lagu ni menang AJL 25 smlm aku rasa terpanggil lak nak try "baca" lirik lagu die ni..bukannya ape, mula-mula tu aku tak boleh terima jugak kemenagan ana raffali & lagu die ni... sbb aku x faham lagu ni.. tp die menang pulak kan..so aku fikir, mesti lagu ni "special"... klu tak istimewa takkan juri boleh jadikan dia juara kan.... juri semua profesional so pasti ada mesej tentang lagu ni... rugi pulak kalau aku tak tahu kan.. sbb selalu dengar lagu ni, tapi tak faham apa-apa..so pagi ni aku pun search lah kat internet..tgk fb die pasal lirik lagu ni.... 
yap! bila aku hayati & "baca" lirik lagu.... mmg best rupanya..mmg puitis...mmg berseni.. maksud yang ana raffali cuba sampaikan pun mmg dekat dengan aku..dekat dengan kita semua... aku mmg sudah jatuh cinta dengan lagu ini... dengan karya gadis muda ini.....aku nak dengar lebih banyak lagi lagu ana raffali.. 
 "Tolong ingatkan aku..." kita selalu lupa...bila marah kita lupa semua kebaikan...lupa semua saat manis bersama......bukankah lebih baik mengingat segala kebaikan yang ada... islam juga mengajar kita begitu kan????  tolong ingatkan aku....

Sunday, January 2, 2011

1.1.11


1 Jan … tarikh lahirku…. 28 tahun yg lau aku lahir ke dunia ini.. terima kasih pada “mak” yang telah membawa ku kedunia ini…. Lahirlah aku…. Mengharungi hidup ini… sebagai manusia… 
alhamdulillah… hari ini aku masih lagi menghirup udara di bumi Allah ini..masih di beri peluang utk mengecapi nikmat kehidupan..meneruskan perjuangan di alam pinjaman mu ini.. Ya Allah, ku tahu aku bukan lah hamba MU yang sempurna… aku hanya hamba mu yang lemah…. Yang punya banyak dosa…. Yang masih mengharap kan keampunanmu… Ya Allah ampunkan dosaku … Rahmatilah hidupku…. Kuatkanlah imanku..bimbinglah aku menjadi hambamu yang solehah….sesungguhnya aku amat mengharapkan kasih mu & syurgamu Ya Allah…

Hari ni dah 3hb…..disebabkan 1 & 2 hb tu cuti so today adalah hari pertama ku ni pejabat di tahun 2011 ini….. banyak juga ucapan belated bessday yg aku terima hari ini….thanks pada semua….. thanks juga pada sahabat yang sudi memberikan ku hadiah… aiks…. Dah tua camni pun still dapat hadiah kan… cewahhh… Seronok lak rasa kan…kawan kawan semua…cayang korang!! Hihiih….. pada kawan2 & sedara mara yg wish kat fb tu…thanks so much ya..! 
utk my luvly hubby.. thanks so much honey.. I love you mmuah!

Utk edisi pertama 2011 ni aku tak nak berceloteh panjang… takde idea….lagi pun xcukup bahan laaa…. Awal2 tahun ni kan…. Agak busy sedikit… ntah ape yg sibuk pun aku x tahu…. Nak cakap pasal azam pun rasa xde mood sgt.. sbb azam tahun lepas pun xtercapai lagi…kui kui.. nak itulah ..nak inilaaa.. last2 tak tahu ape yang dapat…heheh so tahun ni aku xmahu excited sgt nak tulis AZAM.. biarlah dalam hati jer…Hihi..
Hmmm smlm sempat jugak beli CD filem CUTI CUTI CINTA… aku mmg suke Nora Danish & farid kamil..so bile tgk gandingan diorang berdua ni…. Mmg best lah sgt….  3 kali ulang tgk citer tu…sweet lah sgt..aku ni mmg suke tgk citer comedy romantic mcm ni… farid kamil klu berlakon watak sempoi camtu mmg sesuai lah…dengan lisa surihani pun best… kali ni pun menjadi jugak..keh keh..balik umah ni nak tgk lagi lah..hehehhe….
Oklah yer…. Selamat Tahun Baru semua….